Alternatif Buat Orang Timur (album Abot)
Alternatif Buat Orang Timur (album Abot)

Alternatif Buat Orang Timur (album Abot)

Alternatif Buat Orang Timur merupakan album studio sulung bagi penyanyi alternatif wanita, Abot yang diterbitkan pada tahun 1996 oleh Gomogi Production. Abot merakamkan album ini bersama komposer Lan Laga dan Sam, juga merangkap penerbit album ini. Abot menjadikan pengakroniman judul album ini sebagai nama pentasnya.Album ini memuatkan 11 buah lagu yang bereksperimentasikan rock alternatif dengan sentuhan pengaruh balada dan country serta ciri-ciri gitar, biola, akordion dan harmonika. Lirik-liriknya lebih berkisarkan tentang nasihat, kehidupan, perhubungan, kedamaian, dan kerohanian. Ini adalah satu-satunya album terbaik Abot yang mana beliau berjaya mencipta fenomena dan mengubah suasana industri muzik Malaysia pada ketika itu.Tiga single utama album ini, Kebebasan, Kasih Sinambungan dan Camar menjadi taruhan Abot dan mendapat tempat di stesen radio. Ketiga-tiga single ini dipertandingkan dalam program mingguan Muzik Muzik dan lagu Camar berjaya ke pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 12 dalam kategori Pop Rock.Abot hanya menulis dan mencipta dua buah lagu dalam album ini (Kasih Sinambungan dan Camar). Beliau mencipta lagu Camar ketika beliau baru berusia 13 tahun. Lagu Hek Engriag adalah satu-satunya lagu alternatif pertama yang ditulis dan dinyanyikan dalam bahasa Orang Asli suku kaum Semai. Muzik lagu tersebut dipinjam daripada lagu Nyanyian Kedamaian.

Alternatif Buat Orang Timur (album Abot)

Dikeluarkan pada 1996 (1996)
Masa 48:43
Penerbit Lan Laga, Sam
Studio rakaman King Studio
Dirakam pada 1995
Genre Rock alternatif, balada, country
Syarikat Gomogi Production